Isnin, 26 November 2012

Gunting dalam Lipatan, Duri Dalam Daging





jangan sangka muka yg manis , pandai berbahasa , elok berbicara di depan kita berperangai sebaliknya di belakang kita. 

jangan terkejut jika orang yg kita kenali selama ini yang membantu kita, bersama kita boleh berkata dan berhujah hebat dalam senyap bagai menjatuhkan kita tanpa kita ketahui. 

Sesungguhnya Allah tu maha berkuasa dan maha adil, walaupun benda itu disebalik dari penglihatan kita, suatu ketika ia akan dilihat jua.

jangan lah kita jadi org yang munafik yang menjadi gunting dalam lipatan yang boleh menjatuhkan umat. 
bangsa kita yang hebat jatuh seketika dahulu disebabkan munafik yg menjadi duri dalam daging yang mementingkan diri sendiri.

diri ini bukanlah sebaik orang yang beriman, tapi selalu mengingat diri sendiri agar tak menjadi sebegitu rupa. biarlah ayat-ayat ini dicaci atau diperli, sesungguhnya orang2 yang mencaci itu amat tersinggung dek kerana indahnya bahasa bangsa kita.. =)















Tiada ulasan:

Catat Ulasan