Isnin, 26 November 2012

bukan i'did tapi we did..~ =)





salam semua, 
Alhamdulillah, program yg kita rancang hampir 2 bulan lebih sangat membuahkan hasil atas keikhlasan dan penat jerih setiap warga seminar. Inilah hasilnya jika kita tidak berkira sedikt pun dan atas keikhlasan kita itu sendiri. 

Sebagai Pengarah Program yang dilantik oleh kalian dengan atas kepercayaan anda semua, saya amat berterima kasih kerana seminar ini sangat memberi makna buat saya dan ini menambah lagi pengalaman saya sebagai seorang pelajar dan banyaknya pujian dari pelbagai pihak.

1. Imam Muda : Event yg penuh protokol dan lancar, layanan yang diberikan amatlah sangat baik. Dia bangga dapat memberi ceramah pada seminar kita oleh kerana dia mahu meberikan ilmu kepada anak bangsa sendiri dan dia mengharapkan kitalah yang menjadi pemimpin di masa akan datang. Dia minta 
maaf seandainya ceramah dia tidak menepati objektif.
2. Puan Muna : perjalanan program lancar dan dia suka dengan pemakaian yg di tonjolkan oleh penganjur dan ia menepati seminar yang dianjurkan. Dia berbangga dapat berkongsi ilmu dengan Fakulti kita kerana inilah pertama kali dia dijemput oleh kita sebagai wakil fakulti.
3. wakil MPP : seminar kita seronok dan sarat dengan ilmu. layanan yang diberikan baik dan terkejut bagaimana kita organisasi yang kecil ini boleh dapat sponsor yang besar 

4. Miss Inoor : Seminar / talk korg sangat menarik dan seronok!!!
5. Rata-rata semua peserta amat seronok dengan layanan yang diberikan dan seminar amat menarik...

Inilah hasil tungkus-lumus semua pihak yang bukannya individu yang datangnya Dari HM221 kumpulan A, B, dan C. Kita telah melaui penat jerih , turun naik ke Shah Alam, pelbagai masalah yg dihadapi, persengketaan sekita dan sebagai akihirnya dapat diselesaikan secara profesional atas dasar keikhlasan kita bekerja untuk menjayakan seminar ini. inilah juga platform untuk kita mengenali antara satu sama lain kerana sebelum ini kita tidak mengenal sesama sendiri dan moga ukhwah dan silaturrahim ini berkekalan selamanya.


Banyak yang mahu diceritakan, tetapi inilah sahaja boleh dikongsi.
Saya Mohamed Ashraf Aidid Bin Mohamed Sharif selaku Pengarah yang dilantik oleh setiap anda dari A, B, C yang diberikan tanggungjawab dan amanah ingin berterima kasih atas kepercayaan anda dan ingin memohon maaf seandainya kata-kata saya sebelum ini bagaikan seorang 'BOSS" atau mengguris anda semua. 

Minta maaf atas tangisan semalam dan ia bukanlah tangisan yang di buat-buat, itulah tangisan kegembiran yang keluar entah dari mana atas keperihatinan anda semua untuk menjayakan seminar semalam.. beribu kemaafan dari saya dan jutaan terima kasih ikhlas dari hati saya.. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan