Rabu, 5 Ogos 2009

Kenangan Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2009


AMAN… Satu nama yang indah..Ketenangan…Ketenangan tidak seperti pada nama. Apa yang berlaku pada Aman? Siapakah Aman sebenarnya? SERAKAH menceritakan tentang perjalanan sebuah kehidupan . Dia tidak meminta dilahirkan begitu..masyarakat menghinanya. Siapa Aman? Dari mana aman datang? Keringanan iman, iman yang tidak utuh telah membawa insan yang bernama manusia lupa tentang asal-usul..akhirnya Aman yang terpaksa menanggung akibatnya. Siapa Aman? Dari mana Aman datang? Apakah kesudahan Aman? “ Maafkan aku anak..kerana terpaksa meninggalkanmu bersama khilafku……”

Ni lah sinopsis teater yg aku n kwn2 join Festival Teater Malaysia (peringkat negeri Pulau Pinang) Kategori IPT/NGO masa 17/07/2009. Walaupun tak dapat jd top 3 atau senang kata tak menang dalam festival hari tu, tapi ada gak yang tersangkut dalam pencalonan. Anugerah yang kita org dapat masa tu- Pelakon Pembantu Wanita Harapan (Siti Norhana Bt. Othman/Ana sebagai Salamah), n dan Top 3 Pelakon Pembantu Wanita (Shahida bt Zahari/Shida sbg Timah Gebu). Ni semua hasil latihan dalam masa 2 minggu ja!!! Sebenarnya 2 minngu tu sgt2 tak cukup untuk wat latihan. Tapi dengan commitment yang tggi dan kerjasama yang diberi oleh semua orang dlam produksi ni (Serakah Production.- Suara Ilham Cetusan Kreatif dan UiTM Pulau Pinang) 2 minggu tu agak mencukupi. Kalu lg bnyk minggu kitaorg berlatih mesti lg best nye.. Hehe. Sebenarnya bukan anugerah atau hadiah yang kita org nak, tapi pengalaman tu yang sebenarya. Pengalaman mcm ni bukan senang nak cari kan. Mana tak nye, festival ni 2 tahun sekali. So, next festival belum tentu aq ngan member2 UiTM dapat join. Masa dulu, aq mmg nak berlakon teater, tapi xdapat pg cz xda rezeki (first masa form3 and awal tahun lepas), so kali ni dah dapat peluang, aq pon join lah. Hoho, sangat seronok la bila dapat join teater ni. Walaupun penat, tak cukup tidur, minyak motor habis cz ulang-alik dari rumah, tapi semua kira belakang la, dan benda tu semua dibayar ngan pengalaman yang tak dapat aku lupa sampai bila2. Kalah menang belakang kira, janji kita enjoy!!! hehehe