Rabu, 23 Januari 2013

The end of Semester 5 chapter

Alhamdulillah,
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam...

Maka dengan habisnya peperiksaan subjek terakhir hari Ahad haritu yakni kertas Hospitality Human Resource Management maka berakhirlah semester 5 yang penuh dugaan dari Illahi.
Semester 5 ni banyak mengajar aku jadi lebih matang dari yang sebelum (walaupun masih ada sikit kebudakan) haha,

The worst things is, this semester make my money flow like a wind, sebab banyak duit dikeluarkan secara langsung dan tidak.. =)

Tapi banyak jugak blaku perkara yang suka and duka.

In the beginning of the chapter, di taburkan dengan debunga assignment yang tak henti-henti sampai dah nak termuntah. Subjek research Method is the worst things but unfortunately it is not If kerja dilakukan lebih awal. The research things not to easy for person like me yang first time wat kerja2 ni, APA style la, border la, itu la ini la, but kerja kena buat untuk mendapatkan segulung ijazah.

Tambah lagi kot atas assigment subjek lain, Professional Development, kena buat event. Ok, event ja pon, tp event penuh dengan cabaran dan rintangan and Alhamdulillah, the event run smoothly dengan apa yang dirancang. The things is, this subject consider killer paper and the event buatkan semua orang busy and plus sebab subjek ni lah hubungan silaturrahim sesama umat tercipta dan lebih erat di kalangan batch semester 5 antara group A, B dan C. 

Plus antara semua semester, sem ni lah yang paling aku rasa sibuk sebab terlibat dengan macam aktiviti yang menambah lagi experience atau pengalaman aku sebagai seorang pelajar. Penglibatna aku dengan silibus, first time pergi tengok teater  (Teater Tun Siti Hasmah) kat Istana Budaya, Seminar Journey Towards Professionalism,  usherette untuk International Islamic Tourism Standard Conference dekat PWTC, buat banci kat 1Malaysia Fabulous Food Festival dekat Central Market dan macam2 lagi kot.. Banyakkan.. haa

Tak terhingga, tapi bukanlah wang ringgit yang diharapkan, selagi aku bergelar pelajar, aku nak timba pengalaman yang sebanyak mungkin sebelum aku dah bekerja nnt yang maybe busy. 

Sem ni juga banyak benda sedih yang berlaku, Mendiang Cikgu kesayangan aku Cik Tan Pheak Lean, yang tak rasis and she equal to all races even dia seorang yang berbangsa Cina, siapa salah, mesti kena punyalah. Then a few of my friends meninggal dunia, and paling latest, kawan aku punya boyfriend meninggal secara tak sangka. Aku tau dia tengah sedih sekarang but please be strong okay..!!! Sesungguhnya yang hidup akan kembali menemui Tuhannya yakni Allah SWT yang maha mengetahui. Bukan maksud aku tak da berdekatan ampa tuk bagi sokongan menandakan aku tak endah apa yang berlaku, tapi kadang-kadang masa cemburui kita .... Aku doakan boyfriend hang selalu berada di tempat orang yang diredhai.. Aamiin...


Congrats to my friends gak, Rohaya bt Ayob (kak Aya) sebab dah kawin.. (sorry xdapat dtg sbb hari da kerja) tapi hadiah dah beli tapi tak sempat nak suruh kawan-kawan yang pergi bagi..!!!


On my birthday, housemate belikan kek dan buat surprise tiba2, haha, tq guys.. teharu aku!! plus, dapat hadiah dari Mama, buku yang memang aku dah nak lama buku "Doktor Umum" dari Tun M.


Nak cerita details about sem 5 ni agak complicated, so the story will be end right here. Just aku always remind diri aku that bahagiakan lah orang lain kalau diri kita nak bahagia, tapi kadang-kadang benda ni memakan diri kita balik and yes, memang...


Dengan ini juga, aku nak memohon ampun andai kata ada terkasar bahasa, terlebih bicara yang menduga dan menyakiti hati kawan-kawan sepanjang aku kenal dengan hampa, and aku memaafkan andai kata (jika ada) yang berkata di belakang hamba Allah ini. Sesungguhnya yang baik itudatangnya dari Allah SWT yang Maha Berkuasa Sekelian Alam samada di langit mahupun di bumi, dan yang bruk itu datangnya dari diri hamba Allah ini yang selalu melakukan kesilapan.

p/s: sahabat itu adalah pemberian Tuhan kepada hambanya untuk dihargai, oleh yang demikian hargailah sahabat anda walau seburuk mana dia pun,sesungguhnya di waktu susah,sahabatlah yang akan kita cari kelak setelah keluarga tercinta.

JANGANLAH MELUPAI SAHABAT ANDA KERANA IA BOLEH MENYAKITI HATI DAN PERASAAN SAHABAT ANDA... =)

Ikhlas

Mohamed Ashraf Aidid Bin Mohamed Sharif.